Saturday, June 30, 2012

Diam berisi


"800 tahun itu, bukanlah tahun-tahun yang kosong. Diisi dengan pelbagai usaha dan strategi, bagi menegakkan kalimah Allah SWT pada aras yang tertinggi di atas muka bumi ini.
Ramai yang menyebut bahawa 800 tahun ini, Kerajaan Islam ‘gagal’ menawan Kota Konstantinopel.
Tetapi saya ingin mengajak kita memandang bahawa – 800 tahun ini, seluruh raksasa-raksasa di dalam sejarah Islam telah berusaha mempermudahkan jalan untuk menawan Kota Konstantinopel, bagi orang yang datang selepas mereka.
Mereka bersinergi hakikatnya."
(Kejayaan Muhammad Al-Fateh, Hasil Sinergi Para Gergasi by Hilal Asyraf)
Baca penuh di sini.
Saya amat terkesan dengan penulisan beliau berkenaan pembukaan Kota Constantinople ini. Mungkin kerana dengan izin Allah saya dapat menjejakkan kaki di sana pada hujung tahun 2010 dahulu dan dapat melihat sendiri kesan sejarah yang selama ini hanya dilihat pada kaca tv.
Usaha mereka, sungguh, memang luar biasa. 
800 tahun yang ber'isi'. Analogi yang sama yang boleh diberi dengan kemenangan Presiden Morsi.
Aduhai, apakah diriku turut membantu mendirikan kembali Islam dengan menjatuhkan jahiliah dan menyebarkan fikrah?
Padahal Islam tetap akan bangkit walaupun tanpaku mula melangkah. Kerana janji Allah itu pasti. Jika begitu, akulah orang yang muflis dunia akhirat. Allahuakbar, nauzubillahi min zalik. 

Dakwah bernafas panjang.
Namun bukan sedikit daie yang rasa terhimpit.
Mari, kita 'resuscitate' diri kita dan semua!

No comments: