Sunday, April 15, 2012

To give means to make them happy

Assalamualaikum wbt

Kata orang, mulakan harimu dengan menggembirakan seseorang. Nescaya seluruh harimu itu akan bahagia dan ceria.

Pernah cuba?

pic from here

Saya tak bermaksud untuk anda bangun pagi kemudian membuat lawak pada adik atau rakan anda :D
Ya, itu juga salah satu daripada cara untuk menggembirakan orang lain di pagi hari. Tetapi more importantly di sini, melakukan sesuatu kebajikan terhadap orang lain dan impaknya, individu yang menerima bantuan itu merasa senang dan kita yang membantu terasa damai kerana terpilih untuk membantunya. 

Terutamanya apabila kita lakukannya kerana Allah semata. 

Banyak contoh yang boleh kita guna pakai dalam kehidupan seharian, seperti:
-membuka pintu pagar jiran ketika dia hendak pergi bekerja.kebetulan kita memang sedang berada di luar rumah
-membantu mana-mana orang lanjut usia mengangkat barang
-bersedekah pada yg berkenaan ketika berjalan di pasar
-memberi laluan kepada pejalan kaki melintas jalan
-mengucapkan salam kepada pak guard di kolej/universiti
-bertanya khabar kepada pakcik kedai yang kita selalu beli barang padanya atau staff tempat kita belajar
-membuang halangan di jalan (daripada sabda Rasulullah SAW-tindakan ini merupakan suatu sedekah)
-mengemas rumah atau menyediakan sarapan sebagai kejutan untuk ummi anda? ^_^
-dan lain-lain lagi perkara yang bersesuaian dan disukai Allah.

Cantik kan Islam ini? Semua perkara baik adalah sebahagian daripadanya. Tak mampu saya senaraikan segala kebajikan yang boleh kita lakukan dalam kehidupan seharian kita. 

Hakikatnya, setiap perkara itu hendaklah dimulakan dengan sesuatu yang Allah suka. Apabila Dia suka, rahmat dariNya akan mengelilingi kita. Maka kita pun akan bahagia :)

Regardless apa yang akan kita hadapi pada hari tersebut, nescaya kita akan sentiasa positif dan tersenyum. InsyaAllah.

Boleh cuba gembirakan seseorang esok pagi. Betulkan niat, ikhlaskan hati. Buat hanya kerana Ilahi :)




(refleksi dan motivasi sendiri tatkala terkesan dgn aturan Allah pada hari saya berpeluang membantu seorang pakcik yang terjatuh RM1 dari poketnya. Subhanallah, 4 other consecutive scenes yang berlaku selepas itu membuatkan saya rasa Allah sedang berbicara -'Keep it up, huda'. Motivasi yang datang terus dari Allah, dan saya tidak mahu mencari redha selain dari Allah. Ya Allah, tetapkanlah aku di jalanMu....)

No comments: