Sunday, November 13, 2011

Qalu bala syahidna

Assalamualaikum wbt

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi(tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka (seraya berfirman),"Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab,"Betul (Engkau Tuhan kami), kami bersaksi." 
"(Kami lakukan yang demikian) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya ketika itu kami lengah terhadap ini, atau agar kamu tidak mengatakan, "Sesungguhnya nenek moyang kami telah menyekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami adalah keturunan yang datang setelah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang dahulu yang sesat?"
(Al-A'raf,7: 172-173)

Inilah ceritanya.
Cerita yang tidak didapati daripada hikayat sang penglipur lara, yang menceritakan sejarah asal-usul sesuatu tempat atau keturunan.
Juga tidak didapati melalui cerita dalam cerita, oleh nenek atau atuk yang sedang mendodoikan cucunya.
Cerita yang tidak akan didapati, melainkan dengan membaca kitabNya.

Itulah Al-Quran, pencerita kisah ghaib yang sebenar, terus daripada Sang Pencipta melalui utusan RasulNya.

Maka secara fitrahnya, setiap jiwa yang lahir itu telah mengEsakan Tuhannya. Tiada dua mahupun tiga.
Hadis daripada Rasulullah SAW,
"Setiap bayi itu lahir dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi".

Ya, ibu bapa. Juga keluarga nukleus mahupun kembangan. Kerana setiap kita bertanggungjawab atas sesama kita.

Maka saksikanlah, bahawa ketaatan kita di bumi perlu hanya kepada Dia. Diciptakan juga bersama dua tugas utama,yakni sebagai hamba dan khalifah di bumi.

Sengaja saya highlightkan ayat ini, agar setiap kita mengetahui tanggungjawab kita seperti yang telah termaktub di dalam Al-Quran. 

Lebih-lebih lagi jika kalian berpeluang bersama anak-anak kecil.
Oleh sebab itu sekali lagi ditekankan, mainkanlah peranan anda di dalam keluarga. Kalian punya peluang besar untuk mendidik jiwa-jiwa suci ini menjadi 'hero umat' saat dia dewasa.

Dan kepada para guru amnya, baik di tadika hinggalah ke sekolah menengah-kalian punya tanggungjawab untuk menjadikan mereka taat padaNya.
Kepada para doktor, kalian punya peluang untuk bersama dengan ibubapanya, maka ingatkanlah mereka untuk mengajari anak mengenal Rabbnya.
Juga kepada lain-lain profesion,yang tidak ketinggalan sama.



This is just my two cents, among so many reflections that came across my mind after officially became a 'makcik' (^_^)
May Allah bless my beloved nephew, Soleh Iman who was born on 11.11.11 and protects him from any bad influences in future.
And i miss him soo badly. 
:)

Mimpi sape tu,Soleh? :)

2 comments:

Adnin said...

kak huda sayang
MasyaAllah. baru perasan betapa kecik nya dunia.
Soleh yang soleh ni merupakan cucu Mak Cu Adnin.
Mak Adnin la 'org tgh' kak nisa dan abg khir. hehe
Kite ade bau-bau bacang d=

~menyibuk jer.
Moga Allah redo akk
Selamat bermujahadah

alhuda said...

salam adnin,
subhanallah! :D
benarlah, ikatan walimah itu mengikat persaudaraan sesama muslim :)

kiranya kampung adnin kt tanjung karang la ye?
so abg khir is your cousin la camtu.
jemput la ke ipoh bila2 free.soleh masih di ipoh skrg :)