Kepada bidadari-bidadari besi yang saban hari ku mengambil kekuatan darinya,
Ketahuilah..
Diriku pernah dikecewakan oleh manusia.
Bukan sekali, bukan dua kali, malah masih terjadi.
Pernah kubertanya pada Yang Maha Mendengar,
'sampai bila perkara ini akan berakhir?'
Adakah saat nyawaku telah ditarik, atau nyawanya mendahului?
Akan adakah 'miracle' yang mungkin akan mengangkat segala kesulitanku selama ini?
Atau akan adakah 'magic' yang boleh mengubah keadaanku seperti suasana yang ku idami?
Ah, semuanya tidak akan mengubah takdir!
Mengapa diriku yang terpilih untuk bersedih, out of millions of people di luar sana yang kelihatan barangkali sedikit pun tidak pernah di uji?
Bidadari-bidadari besi ku,
Kecintaanku, Yang Maha Penyayang, ada mengatakan bahawa tidak akan dikatakan beriman seseorang itu selagi dia masih belum diuji.
Hebatnya Dia kerana setiap daripada kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi sesaat selepas ini, melainkan Dia.
Namun janjiNya, bahawa segala ujian itu adalah untuk peningkatan darjat iman, itulah yang kita pegang untuk terus bertahan.
Dan Dia tidak tinggalkan kita begitu sahaja....
"Maka selepas kesusahan itu ada kesenangan. Selepas kesusahan itu ada kesenangan". (Al-Insyirah)
"..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir"(Yusuf, ayat 87)
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar" (An-Nahl, ayat 126)
(Mengikut ahli tafsir, repetition di dalam alQuran contohnya pada ayat surah al Insyirah di atas, bukan perulangan yg biasa. Ayat perulangan kedua bermakna DUA kali kesenangan akan Allah beri selepas kita menempuh sesuatu kesusahan)
Perhatikan bagaimana Nabi Yusuf, the innocent man,
Dianiaya oleh saudaranya sendiri,
Difitnah oleh orang berdekatan dengannya,
Hingga penjaralah tempat terbaik baginya berlindung daripada mereka..
Namun yang haq(benar) pasti akan dibongkar,
Walau bukan di dunia, pasti di akhirat sana.
Daripada orang penjara, Yusuf diangkat menjadi pembesar raja.
Dan kisah tersebut bersambung, sebagai pengajaran bagi setiap daripada kita.
Bidadari-bidadari besi ku,
Manusia, asal ciptaannya juga daripada saripati yang lemah dan hina,
Maka kepada Allah lah yang Maha Kekal,
tempat kita berharap,
Kerana denganNya sahaja, kita tidak akan kecewa...
Moga kekuatan 'besi' kalian sentiasa bersama selamanya...
Dedikasi buat mereka yg tercinta :)
No comments:
Post a Comment