Sunday, March 6, 2011

Syumul.Bukan Sekular.

Assalamualaikum wbt,

Sekularisme, melahirkan manusia-manusia yang kering hatinya. Lalai jiwanya. Rugi amalan-amalannya apabila tidak membuahkan akhlak sempurna.

Hakikatnya, hanya jiwa-jiwa yang dekat dengan Tuhannya akan terpanggil untuk berbuat baik dalam setiap perkara. Menjaga tingkah laku kerana segalanya akan dikira di hari pengadilan. Memelihara hubungannya dengan Allah dan manusia, dan mempu menghubungkan setiap yang dipelajari dengan kekuasaan Tuhannya.

Namun, bijak sungguh akal manusia (yang juga kurniaan Allah yang Maha Hebat dalam segalanya).

Pemisahan agama daripada kehidupan juga hasil olahan akal manusia itu sendiri. Konon agama itu kolot, tidak membangun, dan konservatif. Tidak saya nafikan, golongan yang berpendirian sekular ini begitu cemerlang dalam kehidupan mereka, sehingga golongan yang kelihatan lebih beragama adalah inferior jika dibandingkan dengan mereka. Maka, lebih megahlah mereka dengan konsep pemisahan ini.

Sayangnya, bahagian spiritual/keruhanian mereka terabai selamanya, dan mereka nyata tidak mengerti bahkan tidak pernah terfikir mengapa mereka diciptakan di dunia. Kasihan sungguh, jika dilihat daripada kaca mata seorang Muslim.

Jika punya ruang dan peluang, kongsikan pemikiran-pemikiran kita dengan mereka (juga saya tak nafikan, mereka lebih radikal terutamanya yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan). Maksud saya, kongsikan common sense dan keyakinan kita pada Pencipta. Mereka berhak untuk tahu, melainkan mereka memilih untuk tidak mahu mendengar.

Dan Allah yang lebih Mengetahui.


*********************

Reflection saat merasa sangat geram dan marah apabila melihat keadaan lecture hall yang penuh dengan tin arak berselerakan di atas dan bawah meja, sampah bertaburan, bau arak yang meloyakan, dan lantai college yang melekit pada pagi semalam, ketika saya melalui kawasan tersebut. Saat itu pekerja kolej baru sahaja hendak memulakan kerja-kerja pembersihan.

Malam sebelumnya, saat saya mahu pulang, sempat melirik mata pada kawasan berhadapan dengan lecture hall. Dua buah meja penuh dengan tin arak yang berwarna hijau, tersedia untuk para pelajar yang akan hadir pada event malam itu. Saya tidak pasti nama event tersebut, tetapi saya pasti konsepnya tetap sama-dancing and alcohol.

(Oh ya, makluman bagi yang belum mengetahui- Ireland is the second for highest alcohol consumption menurut OECD- data yang saya baca sebelum saya sampai di sini 2 tahun lepas)

Perkara yang membuatkan saya rasa marah- the party was inside the lecture hall where i used to study!! :(

Astaghfirullahal azim.

2 comments:

RNS said...

Dugaan kak Huda kena tempuhi dalam masa menuntut ilmu di negeri orang. Apatah lagi dalam negara yang bukan di bawah pimpinan Islam.

alhuda said...

betul tu syamim. tp akak syukur krn irish tak discriminate muslim, alhmdulillah. compared to ngra yg lebih radikal mcm sweden etc. blaja kt ngra muslim ni, boleh menyebabkan kita berdepan dgn dua pilihan: merasa bangga kerana menjadi muslim atau malu menjadi muslim.

hakikatnya Allah ada di mana2, dan sentiasa memerhatikan pergerakan kita.

moga Allah tetapkan hati2 kita di jalanNya.