Wednesday, July 21, 2010

Air mendaki bukit....


"Kecenderungan kepada kejahatan ibarat air yang menuruni bukit, manakala kecenderungan kepada kebaikan ibarat air yang mendaki bukit...ia memerlukan tenaga tambahan untuk naik ke atas..."


Assalamualaikum warahmatullah rakan2 :)

Pernah pergi trekking mendaki bukit yang mempunyai air terjun berhampirannya? Pasti kalian akan berjumpa dengan generator/pam air sepanjang perjalanan ke puncak bukit. Saya pernah menjumpainya ketika menghadiri camping ketika Tingkatan Dua dahulu.

Benar, the excitement to do something that we like-but Allah doesn't like is totally different with the things that Allah's like-but we may not really like it.

Kenapa?

Kerana hakikatnya nafsu dan syaitan itu menjadikannya indah di mata kita...dan jihad itu adalah apabila melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh nafsu...

Berikan apa sahaja contoh- mengusik/mengenakan kawan, bergurau senda lelaki perempuan, menonton hiburan- apa sahaja yang disukai nafsu- pasti mudah sahaja jika terpengaruh. Pantas saja kita memberi idea-idea tambahan untuk hiburan yang ingin kita nikmati.

Tetapi jika untuk pergi mendengar ceramah, berjemaah di masjid/surau, membaca buku-buku Islam....terasa seperti ada satu bongkah batu yang memberatkan badan untuk melakukannya. Terasa seperti ada satu barrier di hadapan. Inilah jihadnya. Untuk melepaskan diri dari ikatan-ikatan yang membelenggu kita daripada membuat sesuatu yang Allah suka.

Tapi, jangan salah faham. Kebaikan itu tafsirannya bukan pada amalan kita yang suka membaca buku Islam, mendengar ceramah mahupun selalu pergi berjemaah. Kebaikan peribadi terkait rapat dengan hubungannya dengan Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya , maka akan diberikan olehNya kefahaman dalam beragama'

Kefahaman dalam beragama. Kefahaman untuk unduk dan patuh pada Pencipta kita, kerana kita hamba. Kefahaman untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar atas perintahNya, kerana kita dilantik sebagai khalifah di bumiNya.

Inilah kebaikan yang kita perlu ada. Kebaikan yang sangat dibenci oleh iblis dan tenteranya.

Maka, tidak hairanlah mengapa kebaikan perlu pada tenaga tambahan. Kerana hebatnya dugaan untuk berdepan dengan syaitan dan manusia yang sentiasa menghalangi ke jalan Allah.

Maka, kuatkanlah tekad, dan jangan lakukannya berseorangan.

Kerana tenaga-tenaga tambahan itu sentiasa ada selagi Islam masih di hati mereka, dengan izin Allah.



Tak kan pernah rugi selagi motivasi Al-Asr di hati....

2 comments:

mazni mahirah said...

ya Allah... mga diberikan kefahaman dalam beragama..

Ya..nak melakukan perkara baik itu mmg sukar, tapi Allah dah tunjuk cara2 utk kita dapatkan 'kekuatan tambahan' itu..

antaranya pastinya 'bekerja serara berjemaah'..i'Allah di situ ada barakah dan menymbang kekuatan extra..

;) teringin nak pegi trekking lagi..yg kta pegi d selangor dulu., sgt seronok..

alhuda said...

ya..firstly, adalah utk berada di dalam tarbiyah. di situ kita akan berjumpa dengan ramai rakan2 yg turut sama menjadi kekuatan tambahan kita...bahkan kita juga mungkin menjadi penguat kepada orang lain juga...

haah2...trekking dulu tu :) disulami air hujan yg sgt lebat sbgai penguat dan latihan kpd kita..subhanallah! time rs cm-tak pernah trekking smpi kuyup cmni! namun latihan Allah mmg indah....