Thursday, July 29, 2010

It's her B-day...and once in a life time tales.


Assalamualaikum wbt...

Semoga kalian sentiasa berada dalam kesihatan yang baik, dan iman yang cergas, insyaAllah...dalam kita meniti bulan Ramadhan yang bakal menghampiri ini, berdoalah, agar diberi kesempatan untuk bertemu dengannya...

Alhamdulillah, Ahad lepas, 25hb Julai 2010 dengan rahmat dan berkat dari Allah,majlis pertunangan kakak sulungku berjalan lancar..alhamdulillah.

Sebagai majlis pertunangan yang julung-julung kali diadakan bagi keluarga kami, memang banyak pengalaman yang dipelajari, terutamanya berkaitan persediaan mengurus tetamu dengan baik. Untuk mengurus tetamu dengan baik, rumah juga perlu disiapkan. Subhanallah, memang penat sebenarnya namun insyaAllah pengalaman yang diperolehi sekarang bakal membantu pengurusan untuk majlis-majlis yang akan datang.

It was her Big Day anyway..

Hmm, bercakap mengenai majlis pertunangan, pernikahan, dan yang seumpamanya.

Ia dikatakan sekali dalam seumur hidup. Jadi segala kegembiraan, kemeriahan, persiapannya, juga hanya sekali dalam seumur hidup.

Teringat suatu ketika dahulu...

"Ok, why can't we 'bersanding' on our wedding day? Give me your opinion, " tanya seorang cikgu saya.

"How about you, teacher? Did you do that on your wedding day?", balas seorang rakan sekelas, dengan pertanyaan kembali.

"Yes, I did. Because it was once in my life time.."

****

Once in a life time.

Do you think so? Yup, everybody think so. So you must at your very best level of confidence, dress in the most beautiful way, etc, etc. You can make your own list anyway :)

Tetapi, bagaimana jika perkara once in a life time ini, bertentangan dengan syariat Islam?

Saya terfikir sejenak mengenai perkara ini. Dan kita boleh lihat sendiri secara amnya, kisah-kisah sebegini.

"Alah, time kahwin...takpe pakai baju ketat sikit.."
"Make-up kena tebal sikit..bagi muka naik seri lebih.."
"Takpe, bukan selalu kan..sebab tu kena berhabisan time ni.."

Jangan terkejut jika seorang muslimah yang berhijab pun boleh membuka hijabnya di hari perkahwinannya nanti...once in a life time kononnya..Astaghfirullahal azim..

Taqwa itu, adalah ibarat engkau berjalan di atas jalan yang penuh duri. Pasti, engkau akan berhati-hati melaluinya, bimbang terluka kerana duri tersebut..

Berhati-hati.

Dalam mencari redha Allah, perlu sentiasa berhati-hati.

Sebagai seorang muslimah, kita perlu berhati-hati dalam semua aspek. Dan Islam itu sendiri begitu indah, kerana ia menjaga kaum wanita daripada seawal perkara yang berisiko mencalarkan maruahnya.

Begitu juga dalam pembinaan sebuah baitul muslim, perlu ada sifat taqwa di dalam persiapan sebelum, semasa dan selepasnya.

Namun, bagaimana jika kita berdepan dengan tekanan daripada orang sekeliling yang masih kurang faham mengenai konsep berhati-hati ini?

"Eh, bibir tu tak cukup merah lagi, meh sini makcik buatkan.."
"Kenapa tudung ni labuh sangat? Pakai tudung yang mak long belikan hari tu.."
"Mak dah tempah baju kebaya moden kat butik tu, esok kita pergi ukur badan pula"

Bagaimana ya?
Sedang kita sendiri pun berkecamuk dengan perasaan yang bercampur baur. Ada resah, ada gelisah, ada suka dan sebagainya. Mungkin hingga tidak mampu membuat keputusan sendiri.
Dalam kegelisahan menanti hari bahagia, iman dan nafsu bertarung hebat di dalam hati.

Dalam ketegangan sebegini, ketegasan sebagai seorang muslimah perlu dalam mempertahankan apa yang Allah suka, dan apa yang Allah tidak suka. Kerana, perkahwinan itu sendiri merupakan suatu dakwah kepada masyarakat sekeliling. Masyarakat melihat, dan mengambil contoh. Jadikan majlis kita, sebagai contoh majlis yang berusaha untuk mencari keberkatan daripada Allah, melalui penjagaan daripada perkara-perkara yang tidak syar'ie.

Sesungguhnya, jiwa orang-orang yang beriman akan sentiasa peka dan sensitif dengan perkara-perkara yang bakal mendatangkan kemurkaan Allah.

Mari kita berdoa agar Allah pelihara kita dan keluarga kita daripada perkara yang bakal mendatangkan kemurkaanNya.




Wednesday, July 21, 2010

Air mendaki bukit....


"Kecenderungan kepada kejahatan ibarat air yang menuruni bukit, manakala kecenderungan kepada kebaikan ibarat air yang mendaki bukit...ia memerlukan tenaga tambahan untuk naik ke atas..."


Assalamualaikum warahmatullah rakan2 :)

Pernah pergi trekking mendaki bukit yang mempunyai air terjun berhampirannya? Pasti kalian akan berjumpa dengan generator/pam air sepanjang perjalanan ke puncak bukit. Saya pernah menjumpainya ketika menghadiri camping ketika Tingkatan Dua dahulu.

Benar, the excitement to do something that we like-but Allah doesn't like is totally different with the things that Allah's like-but we may not really like it.

Kenapa?

Kerana hakikatnya nafsu dan syaitan itu menjadikannya indah di mata kita...dan jihad itu adalah apabila melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh nafsu...

Berikan apa sahaja contoh- mengusik/mengenakan kawan, bergurau senda lelaki perempuan, menonton hiburan- apa sahaja yang disukai nafsu- pasti mudah sahaja jika terpengaruh. Pantas saja kita memberi idea-idea tambahan untuk hiburan yang ingin kita nikmati.

Tetapi jika untuk pergi mendengar ceramah, berjemaah di masjid/surau, membaca buku-buku Islam....terasa seperti ada satu bongkah batu yang memberatkan badan untuk melakukannya. Terasa seperti ada satu barrier di hadapan. Inilah jihadnya. Untuk melepaskan diri dari ikatan-ikatan yang membelenggu kita daripada membuat sesuatu yang Allah suka.

Tapi, jangan salah faham. Kebaikan itu tafsirannya bukan pada amalan kita yang suka membaca buku Islam, mendengar ceramah mahupun selalu pergi berjemaah. Kebaikan peribadi terkait rapat dengan hubungannya dengan Allah SWT.

Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya , maka akan diberikan olehNya kefahaman dalam beragama'

Kefahaman dalam beragama. Kefahaman untuk unduk dan patuh pada Pencipta kita, kerana kita hamba. Kefahaman untuk menjalankan amar makruf nahi mungkar atas perintahNya, kerana kita dilantik sebagai khalifah di bumiNya.

Inilah kebaikan yang kita perlu ada. Kebaikan yang sangat dibenci oleh iblis dan tenteranya.

Maka, tidak hairanlah mengapa kebaikan perlu pada tenaga tambahan. Kerana hebatnya dugaan untuk berdepan dengan syaitan dan manusia yang sentiasa menghalangi ke jalan Allah.

Maka, kuatkanlah tekad, dan jangan lakukannya berseorangan.

Kerana tenaga-tenaga tambahan itu sentiasa ada selagi Islam masih di hati mereka, dengan izin Allah.



Tak kan pernah rugi selagi motivasi Al-Asr di hati....

Thursday, July 1, 2010

Selagi masih ada, bahagiakanlah...



Assalamualaikum wbt. Apa khabar? Harapnya, tidak kira urusan apa yang sedang kalian berdepan sekarang, moga Allah bersama kalian dalam setiap saat...

**********

"Huda, rambut bibik dah mula gugur", luah kakak saya suatu petang.
"Iya? Baru sehari kan...sudah nampak kesannya", balas saya.

Kenyataan kakak itu memang sudah dijangka. Chemotherapy, salah satu teknik rawatan yang digunakan untuk merawat kanser, melibatkan gabungan beberapa jenis drugs dan ia sememangnya akan memberi kesan sampingan.

Chemotherapy digunakan untuk membunuh, dan menghalang sel-sel daripada membiak. Apa yang tidak diingini adalah, rawatan ini turut menghalang pertumbuhan sel-sel baik yang diperlukan oleh badan seperti sel darah merah dan putih. Maka, badan pesakit akan lebih berisiko terhadap sebarang penyakit. Antara kesan sampingan chemotherapy adalah muntah, keguguran rambut, dan diarrhea.

Tetapi saya tidak ingin menulis panjang berkenaan teknik rawatan ini. Sesungguhnya ia adalah salah satu ikhtiar yang kita usahakan untuk merawat kanser, dan sebaik-baik Penyembuh adalah daripada Allah.

Inilah hikmah yang Allah ingin saya belajar ketika sedang bercuti tiga bulan di Malaysia ini. Menjaga nenek yang alhamdulillah hampir sembuh daripada sakit akibat jatuh, dan menjaga ibu saudara yang menghadapi kanser.

Neoadjuvant chemotherapy, iaitu rawatan chemotherapy sebelum surgery dilakukan, adalah salah satu teknik yang dilakukan untuk mengecilkan saiz ketumbuhan yang berada di dalam badan sebelum mengeluarkannya melalui pembedahan.

Saya sedar, apabila seseorang itu sudah memulakan rawatan ini, individu ini akan berdepan dengan endless form of treatment (bergantung pada kanser dan tahapannya). Melihat pada bilangan dan jenis ubat yang perlu diambil oleh ibu saudara saya, Allah...semoga Allah memberi kesembuhan kepadanya, agar dapat kembali bekerja dan bersama anak-anaknya.

Kepada anak-anaknya, juga kepada semua individu yang bergelar anak, inilah masanya untuk kita bermuhasabah, dan kita manfaatkan masanya untuk berbakti.

Selagi mereka masih ada, bahagiakanlah...

Sebagai anak, kita tidak pernah mampu untuk membalas jasa ibu bapa kita, sekalipun kita mampu untuk mengumpulkan segala harta di dunia ini untuk dihadiahkan kepada mereka.

Seringkali kita lihat lakonan di tv, juga realiti di dada akhbar mengenai anak derhaka, anak buang mak, anak pukul mak, dan bermacam-macam lagi. Ya, ini realiti. Dan golongan yang tidak berdepan dengan isu sebegini barangkali sukar untuk mempercayainya.

Aduhai, mengapa kamu sendiri yang menolak untuk hidup dalam redha mereka? Tahukah kalian, bahawa redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa kita? Takutilah kehilangan keberkatan hidup di dunia dan akhirat, hanya kerana kita gagal untuk taat kepada kedua mereka.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Isra', ayat 23-24,

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik.

Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Tuhanku! Kasihanilah keduanya seperti mana mereka mengasihaniku ketika aku masih kecil".

Carilah masa, ambil lah peluang untuk berbakti. Sesungguhnya kita sangat 'butuh' pada redha mereka..

Ambil lah peluang, berikanlah perhatianmu ketika mereka jatuh sakit, kerana hanya kita, anak-anaknya yang terlintas di minda mereka.

Kongsilah kegembiraanmu, jua kedukaanmu bersama mereka, semoga mereka redha denganmu..

Berikan perhatianmu, selagi mereka masih ada..jangan bertangguh untuk mendapatkan redha mereka, kerana itu bermakna anda bertangguh untuk mendapat redhaNya..

Jagailah mereka selagi masih ada...bimbang kelak penyesalan menyelubungi jiwa jika hilang kesempatan...

****


Peringatan buat diriku yang sentiasa lupa..ku jaga dia ketika anak-anaknya masih tidak berkemampuan, sebagai latihan buat diriku untuk berdepan dengan situasi sebegini jika takdir Allah ibu atau bapaku yang ditimpa ujian sebegini..

Ya Allah, kami redha dengan ujianMu. Beri kami kesabaran dalam menghadapi ujianMu, dan hindarilah kami daripada berkeluh kesah atas ujianMu, dan limpahkanlah kami dengan rahmatMu dalam setiap nafas kami. Sesungguhnya hanya Engkau tempat kami bergantung...