Sunday, November 29, 2009

Tarbiyah tanpa internet

28 November 2009

"Eh, dah dua bulan dah rupanya, cepatnya masa berlalu".


Sudah dua bulan saya di sini. Pelbagai benda sudah saya terokai sepanjang berada di sini. Suka, duka, manis dan pahit, sudah dirasai namun terasa saya belum matang untuk benar-benar menilai keadaan sebenar di sini.

Kata orang, internet ibarat nyawa kepada pelajar-pelajar di perantauan. Tiada internet, maka putuslah hubungan dengan keluarga. Mesej sahaja tidak mencukupi untuk mengubat rindu di jiwa.

Internet juga menjadi penghubung antara pihak universiti dengan pelajar. Tiada internet, maka lambatlah sampai maklumat-maklumat penting kepada kita.

Selain itu, kita menggunakan internet untuk belajar. Lebih-lebih lagi apabila kolej saya mewajibkan semua pelajar untuk mempelajari subjek Histology secara online.

Pendek kata, internet ini amatlah penting dalam aktiviti seharian.

Dan hari ini juga genaplah dua bulan rumah sewa saya masih tidak mempunyai internet. Ya, memang kami perlu bersabar, dan kami perlu terima limitations yang berlaku apabila kami tidak memiliki internet di rumah. Owh pihak Eircom~

Histology on-line tergendala sedangkan final exam semakin dekat, call rumah seminggu sekali(itu pun pinjam internet rakan), lewat mengetahui updates daripada kolej, dan pelbagai lagi. Blog juga tergendala.

Keadaan ini sebenarnya tidaklah begitu teruk, cuma terasa teruji seketika.

Jauh di sudut hati, terasa Allah sedang menguji dari sudut bagaimana saya hendak mencari ruang dan peluang yang ada untuk terus berusaha tanpa ketinggalan.

Kadang-kadang saya tersenyum sendiri, apabila sanggup membaca email menerusi handset sahaja just for the sake to stay updated namun tidak mampu untuk membalas email tersebut.

Benar-benar mengajar saya erti bersyukur.

Benar-benar mengajar saya erti menghargai masa.

Benar-benar mengajar saya untuk mengutamakan apa yang penting, dan apa yang tidak penting.

Moga Allah permudahkan urusan kita semua.


p/s: Untuk IPIS, ana mohon maaf awal-awal jika kalian tertunggu-tunggu respond dari ana, tambahan pula dengan urusan buletin kita yang insyaAllah sudah bermula.

Untuk yahoo group berkaitan, maaf, ana akan cuba untuk respond mengikut kemampuan.

Untuk rakan-rakan yang memberi pinjam internet, terima kasih=) Moga Allah permudahkan urusan kalian dunia akhirat.




2 comments:

Unknown said...

wah.huda.ak ske post ko yg ni.
sabar k sayangkuhh..

ps : smlm ak,yati, hana, pipah skyping..wee~saje wat ko jeleshh.hehehe

alhuda said...

ceh aki!!saje buat aku jeles!!!!!!!!!

huhuhu.

rindu aki=)