Sunday, November 29, 2009

Tarbiyah tanpa internet

28 November 2009

"Eh, dah dua bulan dah rupanya, cepatnya masa berlalu".


Sudah dua bulan saya di sini. Pelbagai benda sudah saya terokai sepanjang berada di sini. Suka, duka, manis dan pahit, sudah dirasai namun terasa saya belum matang untuk benar-benar menilai keadaan sebenar di sini.

Kata orang, internet ibarat nyawa kepada pelajar-pelajar di perantauan. Tiada internet, maka putuslah hubungan dengan keluarga. Mesej sahaja tidak mencukupi untuk mengubat rindu di jiwa.

Internet juga menjadi penghubung antara pihak universiti dengan pelajar. Tiada internet, maka lambatlah sampai maklumat-maklumat penting kepada kita.

Selain itu, kita menggunakan internet untuk belajar. Lebih-lebih lagi apabila kolej saya mewajibkan semua pelajar untuk mempelajari subjek Histology secara online.

Pendek kata, internet ini amatlah penting dalam aktiviti seharian.

Dan hari ini juga genaplah dua bulan rumah sewa saya masih tidak mempunyai internet. Ya, memang kami perlu bersabar, dan kami perlu terima limitations yang berlaku apabila kami tidak memiliki internet di rumah. Owh pihak Eircom~

Histology on-line tergendala sedangkan final exam semakin dekat, call rumah seminggu sekali(itu pun pinjam internet rakan), lewat mengetahui updates daripada kolej, dan pelbagai lagi. Blog juga tergendala.

Keadaan ini sebenarnya tidaklah begitu teruk, cuma terasa teruji seketika.

Jauh di sudut hati, terasa Allah sedang menguji dari sudut bagaimana saya hendak mencari ruang dan peluang yang ada untuk terus berusaha tanpa ketinggalan.

Kadang-kadang saya tersenyum sendiri, apabila sanggup membaca email menerusi handset sahaja just for the sake to stay updated namun tidak mampu untuk membalas email tersebut.

Benar-benar mengajar saya erti bersyukur.

Benar-benar mengajar saya erti menghargai masa.

Benar-benar mengajar saya untuk mengutamakan apa yang penting, dan apa yang tidak penting.

Moga Allah permudahkan urusan kita semua.


p/s: Untuk IPIS, ana mohon maaf awal-awal jika kalian tertunggu-tunggu respond dari ana, tambahan pula dengan urusan buletin kita yang insyaAllah sudah bermula.

Untuk yahoo group berkaitan, maaf, ana akan cuba untuk respond mengikut kemampuan.

Untuk rakan-rakan yang memberi pinjam internet, terima kasih=) Moga Allah permudahkan urusan kalian dunia akhirat.




Saturday, November 14, 2009

Ya, Ganti Tempat


'ghuraba'

Hmm.

Bila duduk kembali, dan bermuhasabah diri,

Ada satu hakikat yang kita perlu sedar.

Hakikat yang akan membuatkan kita lebih sedar lagi,

bahawa:

Allah Sengaja Letakkan Kita di Peringkat Ini.


Ada orang, merasa perjalanan hidupnya cantik tersusun, sesuai dengan kehendaknya.

Ada orang, bertanya kepada Allah, mengapa hidupnya tidak seindah harapan jiwa?

Biarlah segetir manapun terasa dugaan yang ditempuh, hidup perlu diteruskan.

Yang pasti, setiap susunan, ada hikmahnya yang perlu dicari.

Mungkin anda selalu baca atau dengar ayat di atas. Ok.



Satu lagi hakikat untuk disedari,

Kita sebenarnya sedang menggantikan tempat saudara kita.

Hm, bagaimana tu?

Contoh terbesar, saudara semuslim di Palestin.

Kita ambil dari satu sudut: PELUANG.

Dari sudut PELUANG ini, saya kecilkan lagi kepada konteks pendidikan.

Melihat keadaan diri, rakan-rakan, adik beradik yang bertungkus lumus berusaha dalam pembelajaran masing-masing, benar-benar memberi gambaran bahawa kita memiliki peluang untuk melakukan semua ini.

Penderitaan yang dialami oleh saudara semuslim kita di negara lain seperti penindasan, catuan makanan dan perubatan, ancaman nyawa-menyebabkan mereka sampai tidak mampu untuk meneruskan pembelajaran formal mereka.

Maka, siapa yang ada peluang ini??

KITA!!

Jadi, kitalah yang sebenarnya sedang menggantikan tempat mereka untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang-bidang yang menjadi fardhu kifayah untuk dipelajari.

Ini adalah salah satu motivasi untuk terus gigih berusaha.

"Ya, saya kena belajar bersungguh-sungguh sebab saya sedang menggantikan tempat saudara saya yang tak dapat peluang langsung untuk belajar!"


Demi Allah. Demi Islam. Demi Akhirat.



*******************

Monolog dalaman di suatu hari selepas exam anatomy:

'Bagusnye John dgn Elizabeth ni.Sume benda dorang tau. Nak tegur laa.Emm, nak cakap ape ye??-'Hey John, congrates for ur card signing(nama test anat) just now.You seems like know everything!'-Hmm...eh2,buat apa nak tegur dorang, cam tak perlu je.Tak penting pun. Lepas ni kena study lebih sikit. Orang Islam kena ada kualiti. Yup2!'



Ya Allah, berilah kami kekuatan dan kesabaran untuk meneruskan jihad di jalanMU ini...

Saturday, November 7, 2009

Chasing Shadows


Dunia ibarat bayang-bayang. Semakin kita kejar, semakin kita merasa penat namun kita tidak pernah dapat menangkapnya.

Namun jika kita beralih ke arah meninggalkan bayang-bayang itu, larilah ke mana sahaja, bayang-bayang itu tetap akan mengikuti kita....



Dunia.

Takkan pernah puas kita kejar.

Antara sebab kesedihan bagi manusia adalah kehilangan keduniaan.

Masya Allah,

sedangkan nilai dunia ini tidak lebih daripada sehelai sayap nyamuk.

Berhentilah mengejar bayang-bayang, kerana usaha anda sia-sia sebenarnya.

Berlumbalah mencari Tuhan, kerana anda akan bahagia keranaNya.

Fikirlah, jika anda tahu atas alasan apa anda diciptakan,

dunia ini memang benar-benar menjadi persinggahan sebelum alam yang lebih kekal...


*********************

"We seems to be very busy with our study, class etc and the ummah right now need the youth to help them. Do you have any comment on that?"

"Yup. Allah said that if you too busy with your 'dunia'(life) until you have no time for Him, He will make you far more busy and akhirah(hereafter)will leave you behind. But if you busy in finding His bless for hereafter, verily that 'dunia' will follow behind you...."

(Speaker's Tour, Brother Yusof Evans)


*********************

Thanks Allah, for giving me this opportunity. Thanks for solving all of my problems after all this while. Thanks for giving me the calmness, and answer for every single conflict that bothering my soul. You are the One, the Almighty, and thanks Allah for giving me iman and islam....