Saturday, October 31, 2009

Merpati Jahiliah

Merpati di St Stephen Green's Park




Swan dan rakan2 berhampiran rumah



Satu gambaran yang sering dilihat di oversea,iaitu burung merpati yang gemuk-gemuk dan sangat jinak. Sampaikan kereta lalu sebelah pun burung tu dah tak kisah~

Jika anda pergi ke mana-mana taman/kolam yang terdapat burung merpati atau angsa ini, kebanyakan haiwan jenis burung ini akan datang mendekati anda kerana menyangka anda membawa makanan untuk mereka. Tidak hairan jika burung merpati di sini sangat gemuk...=)

'Eh, tak takut langsung swan ni ye', bisik hati saya ketika di 'approach' angsa putih yang subhanallah memang cantik. 'Mesti dah biasa sangat orang bagi makan, sampai tak takut dah kat manusia'.

Juga burung merpati yang didapati merata-rata mencari makanan dan tidak endah manusia mendekati, membuatkan saya berfikir sejenak...


.::keadaan ini bagai manusia juga sebenarnya::.

asalnya burung akan terbang menjauh apabila manusia atau apa-apa ancaman menghampiri

tetapi, setelah sekian lamanya terlatih-manusia adalah punca rezeki, maka manusia bukan ancaman lagi

Dilatih...dibiasakan..dibiarkan..

Akhirnya, sang merpati tidak takut untuk datang sendiri kepada manusia, meminta roti di tangan mereka

Dan tertangkap-kerana tersilap memilih manusia


Samalah keadaannya

Duduk di dalam suasana jahiliah sebegini


Dilatih...dibiasakan...dibiarkan...


Kerana setiap hari kita berhadapan jahiliah yang sama


Maka kita tidak nampak ancamannya-kononnya kita masih di zon selamat


Akhirnya, nauzubillah


Mungkin kita sendiri yang akan pergi mendekati jahiliah tersebut


Mungkin kita sendiri yang akan mengamalnya-tanpa rasa ragu kerana sudah biasa


Dan akhirnya, kita memilih kesesatan, dan tinggallah yang lurus dalam asingan


Kerana yang lurus sentiasa asing, sentiasa terpinggir


Jangan jadi merpati jahiliah.....



"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu, dalam ketaatan kepadaMu dan dalam jihad di jalanMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat kami meminta pertolongan...."

2 comments:

hanim yusra said...

la haula wala quwwata illa billah..

semoga kita senantiasadilindungi dan ditetapkan hat ini di jalanNya..

alhuda said...

insyaAllah...

mari melatih hati agar sensitif dengan perkara yang Allah tak suka