Saturday, October 31, 2009

Mazni Matters

Selamat Hari Lahir Ke Dunia

Yang ke 20

Moga segala kebaikan Allah kurniakan kepada anda, dan moga cintaNya melebihi cinta saya kepada anda juga.....

Uhibbukifillah=)


(Tak nak tulis pjg2,sebab ucapan pjg saya khususkan dalam doa saya insyaAllah)


p/s: one thing nk bgtau, smlm my lil' sister(husna yg kcik tu) pgg satu buku nota kecik...buku nota biru yg anda bg time besday sy time f4 kot..die pgg n tnye'-'kak huda bg buku ni kat adik ye??time kasih'. Time tu sy blank kejap-'bila masa aku bg buku tu kt die ye??',cakap dlm hati. Rupa2nya sbb ucapan yg Mazni tulis kt page depan buku nota tu ade tulis 'adik'(ye sebab anda adik 21hari sy huhu) so adik sy tu ingat mmg utk dia....huhu...xpe ye~

Merpati Jahiliah

Merpati di St Stephen Green's Park




Swan dan rakan2 berhampiran rumah



Satu gambaran yang sering dilihat di oversea,iaitu burung merpati yang gemuk-gemuk dan sangat jinak. Sampaikan kereta lalu sebelah pun burung tu dah tak kisah~

Jika anda pergi ke mana-mana taman/kolam yang terdapat burung merpati atau angsa ini, kebanyakan haiwan jenis burung ini akan datang mendekati anda kerana menyangka anda membawa makanan untuk mereka. Tidak hairan jika burung merpati di sini sangat gemuk...=)

'Eh, tak takut langsung swan ni ye', bisik hati saya ketika di 'approach' angsa putih yang subhanallah memang cantik. 'Mesti dah biasa sangat orang bagi makan, sampai tak takut dah kat manusia'.

Juga burung merpati yang didapati merata-rata mencari makanan dan tidak endah manusia mendekati, membuatkan saya berfikir sejenak...


.::keadaan ini bagai manusia juga sebenarnya::.

asalnya burung akan terbang menjauh apabila manusia atau apa-apa ancaman menghampiri

tetapi, setelah sekian lamanya terlatih-manusia adalah punca rezeki, maka manusia bukan ancaman lagi

Dilatih...dibiasakan..dibiarkan..

Akhirnya, sang merpati tidak takut untuk datang sendiri kepada manusia, meminta roti di tangan mereka

Dan tertangkap-kerana tersilap memilih manusia


Samalah keadaannya

Duduk di dalam suasana jahiliah sebegini


Dilatih...dibiasakan...dibiarkan...


Kerana setiap hari kita berhadapan jahiliah yang sama


Maka kita tidak nampak ancamannya-kononnya kita masih di zon selamat


Akhirnya, nauzubillah


Mungkin kita sendiri yang akan pergi mendekati jahiliah tersebut


Mungkin kita sendiri yang akan mengamalnya-tanpa rasa ragu kerana sudah biasa


Dan akhirnya, kita memilih kesesatan, dan tinggallah yang lurus dalam asingan


Kerana yang lurus sentiasa asing, sentiasa terpinggir


Jangan jadi merpati jahiliah.....



"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu, dalam ketaatan kepadaMu dan dalam jihad di jalanMu. Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik tempat kami meminta pertolongan...."

Thursday, October 29, 2009

Al-waktu ka saif!

Masa ibarat pedang..

Dan ingatlah,masa sibuk itu lebih mematangkan fikiran, dan menggerakkan minda.

Tapi jangan lupa tanggungjawab anda!

"This course demands me to stop procastinate things and i'll be regret if i 'unconciously' wasting my time!"

Takpelah. Yang pasti, saya ada beberapa post yang bakal dipublish. Cuma ada kekangan2 lain yang menyebabkan saya masih tak dapat berbuat demikian. Moga Allah permudahkan urusan~

oh mirror of life~=)

Saturday, October 10, 2009

It's 20 now


It's 20 now

And it's almost end of year

Challenge seems to knock the door

And ask,'How often you meet me after all this while?'

And i may answer,'I'm not sure.'

But i know, Allah always there for me,and you,challenge, is made for me to know how deep Allah's love is.

Come again to my house, and i'll seek for Allah Mercy

As Allah's love is everything for me.....




Happy birthday to you too, Rima=)

10101989-10102009




p/s:it's 10/10/2010 next year!!=)

Friday, October 9, 2009

Mana pagar?

Apabila kebebasan diberi, kita tercari-cari mana pagarnya....

Syukurlah jika kita masih mencari pagar untuk melihat seluas mana sebenarnya bilik kebebasan yang kita kecapi sekarang...

Dan duduklah sebentar, jika anda rasa anda sudah berlari terlalu jauh semata-mata untuk mencapai ke hujung bilik yang entah bila kan sampai

Pejamkan mata, dan rasalah

Kebebasan ini sebenarnya cabaran

Sama ada kita rasa diri bertuhan

Yang mengetahui atas sebab apa dia diciptakan...

***********************

"Huda, coklat yang kamu beli ni tanda halal die bukan halal jakim laa," tegur kakak pada satu hari.

"Eh, yeke?La, time beli tu kite main grab je sebab nak cepat...", balas saya.

"Tula, lain kali tengok dulu tanda halal die. Jangan main grab je. Makanan ni nanti akan jadi darah daging, jadi kena teliti sikit," pesan kakak.

"yeee....orait...".

...


Kakak xde kat sini.

Duduk di negara barat,menyebabkan saya terasa agak sukar untuk benar-benar yakin dengan makanan yang saya makan. Terutamanya dengan makanan yang telah siap dibungkus dari kilang.
Ketika hari pendaftaran RCSI, semua rakan saya menerima sebungkus coklat yang mengandungi 'pork gelatin' di dalam goody bag mereka. (owh, saya tak sempat register bersama mereka kerana flight delay)

Mungkin hanya contoh yang kecil.

Cuma, makanan syubhah juga perlu dielakkan kecuali jika perlu.


Apa yang kita makan, itulah yang akan membentuk siapa diri kita.


YaAllah, lindungilah kami daripada sifat ragu dan waspada, dan lindungilah kami daripada apa yang kami ketahui juga yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya kami insan lemah yang sering membuat kesilapan...




p/s:bimbang doa tertolak kerana sumber makanan yang tidak dijaga(teringat hadis mengenai orang yang makanannya haram, pakaiannya haram dan Allah tidak menerima doanya)

Friday, October 2, 2009

Mula melangkah...


"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangannya)?"
(Ali Imran:142)
Ya Allah, Kau berikanlah tempat yang terbaik untuk hambaMu ini meneruskan perjuangan dalam membangunkan Islam, tempat yang akan menambahkan lagi ketaqwaanku kepadaMu, tempat yang akan memberi hambaMu ini peluang untuk lebih mengenaliMu....
****************
Tak sampai seminggu di Dublin
Baru 3 hari masuk kelas
Ada keseronokan di setiap celahan aktiviti yang mengisi
Ada dugaan di dasar konsep yang dipelajari
Ada hikmah di setiap yang terjadi
Ada cabaran dalam pada kesenangan yang dikecapi
Namun satu perkara yang tidak akan dimungkiri
Bahwa ALLAH sentiasa bersama dalam setiap saat yang dilalui....
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu, dalam ketaatan kepadaMu dan dalam jihad fisabilillah yang sedang kami lalui ini.Sesungguhnya hanya Kau yang mengetahui apa yang tidak kami ketahui di kemudian hari....