Monday, June 29, 2009

Survival Siswi Solehah(3S)

(alhamdulillah....setelah berhempas pulas selama setangah bulan, akhirnya semua program yg dirancang berjalan dengan baik dengan izin ALLAH...sesungguhnya tiada daya melainkan dengan bantuanNya....)


assalamualaikum....


so skrg ni terasa ingin mencoret sedikit bingkisan daripada program2 yang telah dihadiri...bermula dengan 3S iAllah.....


mamat, aimi, asila, iman n fukaihah 'apa tgk2?'



survivor merentasi kwsan seperti di Afrika..huhu




ketika mula berjalan



Niat di hati bukan untuk bersuka ria mengadakan reunion group halaqah kami di Ipoh. Niat kami untuk mengeratkan kembali ukhwah yang lama berkarat dek kesibukan di kolej/universiti masing-masing.


Bila mengembara bersama, kita akn lebih mengenali sahabat kita.


Reunion ini dinamakan Survival Siswi Solehah kerana kami memfokuskan kepada perkongsian pengalaman sepanjang 3 tahun selepas keluar daripada sekolah menengah dan memasuki IPTA.


Honestly, pengalaman di KMB memberitahu bahawa 'Huda, ini bukan realiti hidup di ipta.' KMB is different, biah yang terhasil kesan daripada makrifatullah dan seruan Rasulullah benar2 menjadikan KMB suatu kolej persediaan yang menyediakan diri secara ilmiah dan rohaniah sebelum terbang ke negara orang.


'keadaan di kolej ana tu buat ana tak tinggal solat tahajud setiap hari.
ana takut betul, dan benar2 bergantung kepada Allah.'


Cemburu rasanya kepada sahabat yang seorang ini. Keadaan di kolej tersebut menjadikan sahabat ini lebih kuat hubungannya dengan Allah. Untuk survive, kebergantungan kepada Allah sangat penting.


Kebergantungan kepada Allah......


Itu perkara yang saya ingin sangat sangat terapkan dalam jiwa ini. Realiti jiwa saya yang sentiasa turun naik imannya, menjadikan usaha untuk mencapai Allah perlu sentiasa diperhebat. YaAllah, jadikanlah kami istiqamah dalam usaha mencapai cintaMU.....




Satu impian. Untuk survive sebagai seorang siswi solehah.




Antara lain perbincangan adalah mengenai makrifatullah dan planning masa depan. Baru terasa yang diri ini sudah menginjak dewasa, dan perlu lebih matang dalam membuat pilihan yang akan mempengaruhi masa depan.

Ditambah dengan berita salah seorang daripada usrahmate yang akan berkahwin 2thn lagi, saya makin terasa akan keperluan persediaan yang rapi dalam melangkah ke alam dewasa.


YaAllah, sesungguhnya engkau tahu bahawa kami berkumpul atas rasa cinta kepadaMu, kerana tiada lain yang menyatukan hati-hati kami semua melainkan ukhwah fillah yang terbina kerana persamaan akidah dalam diri kami sebagai hambaMu....


YaAllah, di dalam pengembaraan kami mengejar cintaMU, kami ingin sekali berada di bawah naunganMu ya Allah, kerana kami tidak berupaya walau sedikit pun melainkan dengan pertolongan dariMu...kekalkan kemesraan di antara kami, dan izinkanlah kami bercinta sampai ke syurga..........amin.

13 comments:

Anonymous said...

3S vs 3R..
nice..
i guess, we can say KMB ni macam satu safe zone in a way.. tp still ada cabaran dia..
macam skolah, which makes things lebih manageable in way..
huhu..
n d pics.. cam overexposed je.. heh

alhuda said...

yup, i agree dat KMB is like our safe zone/comfort zone..

'the truth, is out there...'(X-files,huhu)

overexposed??ek?alamak...

alhuda said...

gmbar telah diedit sedikit.bagi tak overexposed...

sori ZS..kdg2 sbg prmpuan, xprasan mnda tuh

aisyah ismail ♥ said...

besht2~ insyaAllah nnt di ireland.. huda akan lebih kuat!~ (^_~)

alhuda said...

aminn...moga kita smua istiqamah di overc nnt..

antara cara utk bina kekuatan adalah dgn mencari role model trbaik dan lihat bgaimana indivicu tsbut survive dlm biah jahiliah...

Anonymous said...

"sori ZS..kdg2 sbg prmpuan, xprasan mnda tuh"

apa mksud ni? pmpuan x perasan benda ni??
sex-linked ke?

n KMB.. cabaran ialah masa mostly, i guess i can say that.. rite?
sana nnti, suasana skola da x da, and busy nye maybe berganda.
better be prepared.. huuu~~
moga istiqamah

alhuda said...

erm...ye die mmg sex-linked i would say~anda judge sendiri kot..nnt sy bagi linked satu web,sbb lpas bace forum btajuk 'knape wanita suka mempromosi diri?', trus cam rase 'eh xleh jadi ni, dah kena tgur dah ni pic overexposed...'
anda bace n anda akan paham knape saye cakap sori kdg2 as prmpuan sy xperasan.....

Anonymous said...

erm.. sy rasa, kita skang macam ckp benda yg berbeza..
bak kata my parents.. macam ayam ckp ngn itik..
i guess my version "overexposed" is different than what u understand.. huhu..

tp ur version.. leh gak.. =P

alhuda said...
This comment has been removed by the author.
alhuda said...

laaa...em, kerana kita fitrahnya mmg berbeza,so pemahaman pun berbeza la kan..ape2 jelaa~huhu

honestly mmg xpaham ape maksud overexposed, wahai org yg teror amik gambar...

tapi nak share gak forum tu, n xreti laa plak nk letak link kt cni

Nawwar Mumtazah @ Nawwar Azizi said...

huda seronoknye...

alhuda said...

nawwar...jgn sdey ye
ktorang sdey gk nawwar xdpt dtg haritu, sbb xsihat kn..xpe2,iAllah masa depan kita gather lagi skali...moga dipermudahkan Allah, aminn

pencari iman yg kamil said...

e... baru iman perasaan..,
rindu kat korg..