Hari tu, waktu maghrib tiba-tiba adik menangis...Saya tanya pada umi,kenapa adik menangis. Rupa-rupanya, umi telah cabut pokok rambutan kecil yang adik tanam dalam pasu ketika umi,walid dan adik sama-sama bersihkan halaman rumah.
Adik baru je perasan dan dia merajuk dengan umi sampaikan umi perlu minta maaf pada adik untuk memujuknya. Jelas umi,pokok tu dah nak mati dan pokok rambutan tak boleh hidup dalam pasu namun adik tetap menangis.
Lalu, kakak kepada adik perlu main peranan untuk memujuk..(it's me,huhu)
Antara alasan adik kenapa dia sedih sangat-sangat :
"Adik tanam pokok tu dari tahun lepas lagi..waktu adik darjah dua. Ingat senang ke nak tanam pokok rambutan..."
Me: Macam mana adik tanam sampai susah sangat tu..."Adik campak je, tengok esok dah tumbuh sikit...Nailah(jiran sebelah rumah) cuba jugak buat macam adik tapi tak jadi pun..."~(saya hampir tergelak di sini=) )
"Adik sedih sangat...adik selalu suruh pokok tu doakan adik bila adik nak periksa...sekarang pokok tu dah kena cabut..penat adik jaga.."
Terfikir ku sejenak. Erti pokok ini sangat besar pada adik kerana dia mengerti hakikat pokok ini yang sentiasa bertasbih kepada Allah, lalu adik ambil kesempatan untuk menjaganya,agar pokok itu mendoakannya.
Ya, saya pernah cakap dengan pokok. Hanya Allah yang tahu adakah pokok itu boleh mendengar apa yang diluahkan.=)
"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."(Surah Al-Isra':44)
5 comments:
salam...
tumpang lalu...
btw, smart post nih...=)
tak pernah terfikir pun seperti adikmu itu...
liked this post very much..
n i really love trees.. walaupun cam x pnah kot bercakap ngn pokok secara direct..
n really hate it when they chop down 2 pokok kat lorong midaq tu..
n sangat bagus kiranya, hidup dengan menyedari kehadiran makhluk lain selain manusia.. tak ignorant akan adanya makhluk lain yg cukup spesel, so tak la rasa diri ni as human spesel sangat.. so main suke ati je buat pape..
nice one~
kanak2 punye innocence always moved me..
menarik.
nk tanam pokok la lepas ni.
dulu ade bela kaktus kt bilik.
tp ade satu dh mati.
blk holz lupe nk siram.
huhu :(
tringat autumn in my heart. tetibe
thanx for the comments...
i do speak to trees time skola rendah dulu=)
jiwa kanak-kanak,mereka melihat benda yang kekal sebagai tempat mereka bergantung,dan secara xlansung melihat siapa pencipta pokok tersebut...
Post a Comment