Friday, March 27, 2009

LS Charity Hi-Tea



Charity HiTea Love Symphony.....mari kita menyumbang kepada anak-anak yatim yang memerlukan. Moga Allah memberkati usaha kita semua=)

Wednesday, March 18, 2009

Erti pokok pada adik




Hari tu, waktu maghrib tiba-tiba adik menangis...Saya tanya pada umi,kenapa adik menangis. Rupa-rupanya, umi telah cabut pokok rambutan kecil yang adik tanam dalam pasu ketika umi,walid dan adik sama-sama bersihkan halaman rumah.

Adik baru je perasan dan dia merajuk dengan umi sampaikan umi perlu minta maaf pada adik untuk memujuknya. Jelas umi,pokok tu dah nak mati dan pokok rambutan tak boleh hidup dalam pasu namun adik tetap menangis.


Lalu, kakak kepada adik perlu main peranan untuk memujuk..(it's me,huhu)

Antara alasan adik kenapa dia sedih sangat-sangat :


"Adik tanam pokok tu dari tahun lepas lagi..waktu adik darjah dua. Ingat senang ke nak tanam pokok rambutan..."

Me: Macam mana adik tanam sampai susah sangat tu..."Adik campak je, tengok esok dah tumbuh sikit...Nailah(jiran sebelah rumah) cuba jugak buat macam adik tapi tak jadi pun..."~(saya hampir tergelak di sini=) )

"Adik sedih sangat...adik selalu suruh pokok tu doakan adik bila adik nak periksa...sekarang pokok tu dah kena cabut..penat adik jaga.."


Terfikir ku sejenak. Erti pokok ini sangat besar pada adik kerana dia mengerti hakikat pokok ini yang sentiasa bertasbih kepada Allah, lalu adik ambil kesempatan untuk menjaganya,agar pokok itu mendoakannya.


Ya, saya pernah cakap dengan pokok. Hanya Allah yang tahu adakah pokok itu boleh mendengar apa yang diluahkan.=)



"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun."(Surah Al-Isra':44)

Sunday, March 8, 2009

Melangkau 20-an...



Ibarat burung yang kecil, membesar untuk ditugaskan menjaga yang kecil.....

Hari ni, 11 rabiulawal 1430H merupakan tarikh lahirku yang ke 20 dalam kiraan bulan Hijrah.Syukur terasa,diberi peluang oleh Allah untuk lahir pada tarikh bersebelahan tarikh lahir Nabi Agung, Muhammad SAW.Kiraan Masihi-10 oktober 2009 adalah tarikh untuk menjejak alam 20-an. Lebih afdhal rasanya,menyambut dalam bulan Hijrah kerana lebih diberkati. Hakikat hari ini, umat Islam lebih mengingati tarikh Masihi daripada Hijrah.


Melangkau 20-an, perlu ada matlamat dan azam yang perlu dicapai. Alam remaja adalah cabaran,dalam usaha pembentukan jati diri Muslim sebelum melangkau alam dewasa yang lebih memerlukan kekuatan.


Harapanku, agar

-lebih matang untuk meneruskan hidup,

-lebih rasional dalam membuat keputusan,

-lebih berdikari dalam membuat pilihan,

-lebih berani mengatakan pendirian,

-lebih kuat menghadapi dugaan Allah,

-lebih rajin berusaha

-lebih bersabar

-lebih sedar tentang tanggungjawab dakwah dan hakikat hamba....

"YaAllah, pada hari diriku melangkau umur 20 tahun ini, dengan rasa rendah diri,hambaMu bersyukur kerana dipanjangkan umur untuk beribadat kepadaMu,moga taubat dan amalanku yang ikhlas keranaMU diterima, moga kelalaianku dalam beribadat kepadaMu diampunkan, kerana hambaMu ini tahu, sujudku dan ruku'ku tidak pernah cukup untuk membayar kelalaian tersebut.Oleh itu yaAllah, kurniakanlah kami petunjuk,rahmatilah kami,sesungguhnya Engkau yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang..."

Takdirku...

A week before the result of interview to be announce, I met this three verses from Holy Quran.Al-Hadid,57: 22-24.

" Setiap bencana yang menimpa di bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sesungguhnya yang demikian itu mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanAllah kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri, yaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barang siapa berpaling (dari perintah-perintah Allah),maka sesungguhnya Allah,Dia Mahakaya,Maha terpuji."


Reflect yourself, be grateful to Allah for everything. Thank you Allah for giving me problem to be solved,chance for me to cry and learn that Your love is always there for me...