Friday, August 29, 2014

Mirror is us.


“Seorang mukmin itu adalah cerminan kepada mukmin yang lain"
( Hadis Riwayat At-Thabarani)

Tenang suami tercinta berbicara. Pandangannya tetap fokus kepada pemanduan. Sesekali dia menoleh menatapku yang sedang menadah telinga untuk mendengar sambungan kalamnya sebentar tadi.

“Cuba sayang beritahu abang apa sifat-sifat cermin?”, dia menduga.

“Hmm, cermin boleh pantulkan cahaya. We also can see ourselves dalam cermin. Dan cermin ni sangat penting dalam hidup seorang perempuan..hehe”, balas saya sambil berseloroh.

Si dia tersenyum lebar. Sengaja saya tidak memberikan jawapan yang lebih relevan kerana mahu menghayati jawapan yang bakal diberikan olehnya nanti.

“Betul la tu jawapan sayang. We can see ourselves dalam cermin. Sifatnya; cermin akan beritahu kelebihan dan kekurangan sebenar yang ada pada diri kita. Mana yang berlebih, kita rapikan di hadapan cermin. Mana yang terkurang, kita perbaiki supaya lebih elok. Dan satu lagi sifat cermin yang paling penting…cermin tak akan sebarkan kelebihan, kekurangan atau aib yang dilihat itu kepada orang lain.

Maka begitulah simboliknya kepada hadis yang abang sebut tadi. Dalam rumah tangga, suami isteri adalah cermin kepada satu sama lain. Kita saling meraikan kelebihan yang ada pada diri masing-masing, dan saling membetulkan kekurangan yang ada. Dan semua ini adalah di antara kita berdua sahaja, tidak disebarkan kepada orang lain”.

Subhanallah. Saya terpegun mendengar nasihat di sebalik simbolik cermin daripada hadis tersebut.

Hikmah(bijaksana) seorang suami dalam menyelitkan nasihat ketika permusafiran kami berdua.

Alhamdulillah, manisnya lanjutan taaruf pasca-nikah.

Dalam diam, saya berdoa kepada Allah agar memberkati suami tercinta dan agar Allah memelihara ikatan di antara kami berdua. Sungguh, ku mahu dia menemaniku di syurga kelak..



-husseinhuda-
080814


p/s: like my blog's name. mirror of life. juga ilham daripada hadis yang sama..