Saturday, October 13, 2012

Muhasabah 23



“Selamat hari jadi, sahabat!”. Begitu laung rakan-rakanku.
“Selamat hari tua!”. Ucap yang lain pula, mengingatkan aku pada umur yang mengarah ke hari tua. Benar, saban hari kita meniti tali umur yang semakin memendek. Setiap kali kita bangun pagi, ibarat 1cm tali itu dipotong menandakan umur yang sudah pergi, tidak akan kembali.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-An’am ayat 60,

Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada siang hari; kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) pada siang hari, untuk disempurnakan umurmu yang telah ditetapkan. Kemudian kepadaNyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan.

Allahuakbar.

Teringat status salah seorang rakan saya baru-baru ini;

“Ramai mampu untuk tidur malam tadi,
belum tentu ramai mampu bangun kembali pagi ini.

Mungkin ramai mampu bangun pagi ini,
belum tentu ramai mampu tidur semula malam ini.”

So true.

Oleh itu rakan-rakan semua, jangan pernah lupa mengucapkan rasa syukur setiap kali mampu membuka mata melihat dunia.

Q n Q

Quality versus Quantity.

Kebelakangan ini, saya perasan yang saya antara ‘golongan-golongan tua’ saat bertemu rakan-rakan yang sama-sama berbulatan gembira. Saat menghadiri konvensyen riang(credit to enche gabbana :D) , majority yang saya jumpa adalah yang lebih muda daripada saya. Golongan yang saya lihat lebih jauh berpengalaman mengenai selok belok tarbiyah dan dakwah, ternyata setelah diselidik lebih muda dari saya.  Aduh, mereka memang mengetuk hati saya. 
Namun semestinya saya tidak menafikan kehebatan senior-senior sekalian yang will always be role model saya hingga kini. Ini sekadar cetusan rasa cemburu dengan semangat(hamasah) adik-adik yang indirectly mengajak saya untuk terus terusan berusaha.

“Ah, 23 tahun muda lagi! Rileks dulu..banyak lagi yang kita belum cuba”

Itulah kita sebenarnya. Meniti hari-hari di usia muda tanpa beringat bahawa kematian boleh datang pada bila-bila masa. Saat masa kita telah tiba, apa amal soleh yang boleh kita bawa untuk bertemu denganNya?

Sedekah jariah? ‘Kerja pun belum, takat pakai duit biasiswa bulan-bulan ade laa sikit.’

Ilmu yang bermanfaat? ‘Mengaji pun tak abes lagi, benda-benda yang dah blaja dulu-dulu banyak plak dah lupa.’

Doa anak yang soleh? ‘Ops,belum kahwin lagi laa’

(reference from Hadis Riwayat Muslim)

Anyway, saya bukannya bermaksud kita perlu focus sepenuhnya pada hari mati kita. Hakikatnya hidup di dunia adalah tempat untuk kita mengumpul bekalan kita untuk hidup di akhirat sana. Maka Allah SWT menyuruh kita untuk menggunakan segala apa yang tersedia di dunia ini untuk merealisasikan impian kita untuk hidup bahagia di sana nanti.

Maka apa seharusnya yang kita lakukan?

Berusaha!

Berusaha dalam erti kata menjadi individu yang Allah suka dan cinta. Kerana tiada apa yang lebih meyakinkan daripada janji Allah untuk memberi syurga pada hamba-hamba yang mentaati perintahNya.

Saya teringat quotation daripada As-Syahid Imam Hassan Al-Banna melalui seorang murabbi satu ketika dahulu,

‘Orang muda perlu dibakar semangatnya dengan motivasi syurga!’

InsyaAllah.

Daripada sudut yang lain, saya merasa sedih melihat golongan berkuantiti umur lebih jauh daripada saya tercari-cari rahsia untuk kekal hidup lama agar boleh meraikan usia yang ada sepuas-puasnya.

Meraikan usia ,tidak salah jika ianya bermanfaat untuk dunia dan akhirat kita.

‘Ish, asyik-asyik sebut akhirat!’

Mestilah, sebab saya percaya kepada hidup selepas mati! Anda bagaimana?!

Everyone who has taken by death asks for more time,
while everyone who still has time makes excuses for procrastination.
(Ali ibn Abi Thalib)

Maka, jom semua, kita bina kualiti pada umur yang kita ada. Mulakan dengan membina matlamat yang ingin dicapai di penghujung kembara hidup kita. Biar ianya kelihatan mustahil pada awalnya, namun suatu realiti apabila kita berani memulakan langkah pertama.

Lagi sekali teringat pada suatu riwayat mengenai soalan Khalifah Umar Al-Khattab RA kepada sahabatnya ketika berada di dalam sebuah rumah;

“Impikanlah,” kata Saidina Umar RA.

Maka salah seorang di antara mereka berkata, "Aku impikan untuk mempunyai dirham dari perak yang memenuhi rumah ini sehingga aku dapat menafkahkannya pada jalan Allah."
Seorang sahabat yang lain bercita-cita memiliki emas sepenuh rumah tersebut dan menafkahkannya di jalan Allah.
Sahabat bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, apa impianmu?”

 "Aku ingin rumah ini dipenuhi dengan pemuda seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Mu'adz bin Jabal, Salim Maula Abu Hudzaifah agar aku dapat mempergunakannya untak berjuang di jalan Allah."
Begitulah mereka, pemuda-pemuda yang kualitinya sungguh hebat dan bermanfaat kepada menusia lain.

Moga Allah beri kita semua kekuatan untuk terus-terusan berusaha untuk meningkatkan kualiti kita sebagai seorang Muslim.

Moga Allah pilih kita menjadi orang-orang yang tidak betah untuk mensia-siakan masa dan usia yang ada dengan perkara yang tidak menguntungkan diri dan orang sekeliling.

Moga Allah jadikan kita golongan yang sentiasa punya keyakinan kepadaNya, untuk terus istiqamah dalam dunia yang penuh ranjau duri yang tersendiri.

Allahu rabbi.



..menulis utk diriku yang selalu lupa..
alhuda
10 Oktober 2012