Sunday, September 25, 2011

The forgotten coin

starting the new year.new semester.hoping my faith towards Allah is better than ever.

Saturday, September 24, 2011

Mimpi yang sama

Assalamualaikum wbt.
Moga kalian sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan dilindungi olehNya.

Mimpi yang sama.

Sengaja saya menggunakan tajuk ini sekali lagi dan kali ini pengisiannya adalah berbeza. Dahulu saya menulis sebuah post dengan menggunakan tajuk ini untuk mengucapkan tahniah kepada rakan saya yang bakal mendirikan rumah tangga. As time passed by, saya terperasan bahawa tajuk ini antara penyumbang peningkatan traffic ke blog saya melalui search engine di internet. Dan pastinya mereka kecewa kerana post tersebut tidak menyatakan apa-apa mengenai tafsiran mimpi yang sama.

Carian 'mimpi yang sama', 'mimpi lelaki yang sama' dan sebagainya turut menyenaraikan post saya memandangkan tajuk itu exactly match with the searching word. Regardless siapa dan mengapa individu-individu ini menaip ayat tersebut di search engine, saya pasti di antara mereka ini ada yang sedang mencari petunjuk di sebalik mimpi yang dialaminya, lebih-lebih lagi apabila ia berulang.

Maka pada post kali ini, suka untuk saya coretkan sedikit terkait mimpi dan istikharah untuk memperoleh petunjuk.

Mimpi, menurut Sahih Bukhari ada 3 jenis:
1. Mimpi yang terhasil daripada imaginasi sendiri.
2. Mimpi yang dipengaruhi oleh syaitan.
3. Mimpi yang benar, yang kebiasaannya dialami oleh orang-orang soleh.

Mimpi yang buruk,tidak disukai atau dirasakan totally absurd, merupakan gangguan syaitan yang cuba untuk mempengaruhi fikiran manusia supaya takut bukan pada tempatnya dan terikut-ikut hingga mengganggu ibadah kepada Allah SWT. Saya pernah baca sebuah hadis di dalam Sahih Muslim(maaf buku tersebut tiada di sini untuk saya rujuk dan tulis secara tepat) akan nasihat Rasulullah SAW apabila mendapat mimpi yang buruk. Baginda menasihatkan agar mimpi tersebut tidak diceritakan kepada orang lain kerana mimpi buruk asalnya daripada syaitan dan bimbang jika diceritakan, akan membawa kepada unnecessary worry dalam masyarakat sekeliling. 

Begitu juga untuk mimpi yang berulang-ulang. Mainan tidur yang tidak sepatutnya membantutkan aktiviti seharian kita di 'dunia sebenar'. Kerisauan dan kebimbangan yang kita sendiri tidak pasti, serahkan urusan ini pada Allah yang lebih mengetahui. Dia Maha Mengetahui apa yang berlaku ketika kita tidur, dan mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan kita. Perbanyakkan istighfar, dan teruskan kehidupan kita seperti biasa dengan harapan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Berkenaan mimpi tatkala sedang mencari petunjuk daripada Allah SWT, harus ditekankan di sini bahawa mimpi bukannya the only jawapan kepada istikharah yang kita lakukan kepada Allah, walau mimpi tersebut berkait dengan perkara yang kita pohon petunjuk padaNya. Saya tidak menafikan bahawa petunjuk daripada Allah boleh datang dalam pelbagai cara dan bentuk, dan mimpi adalah salah satu daripadanya. Namun menunggu mimpi sebagai jawapan kepada istikharah yang dilakukan, itu adalah tindakan yang kurang tepat.

Istikharah perlu apabila seseorang ingin membuat pilihan berkenaan sesuatu perkara yang dibenarkan di dalam syarak. (Note: Istikharah bukan hanya pada pemilihan jodoh) Contoh-contoh yang sering kita lihat adalah tatkala ingin memilih kerja, memilih bidang pengajian, ingin mengambil sesuatu tindakan, membeli sesuatu dan sebagainya. Istikharah tidak dibenarkan dalam perkara yang haram seperti istikharah untuk membuat keputusan mahu 'couple' dengan seseorang atau tidak kerana ber'couple' jelas bertentangan dengan syariat Islam.

Hikmah istikharah ini adalah untuk menguatkan hubungan kita dengan Allah,Zat yang Maha Mengetahui dan Maha Memelihara. Ini kerana di dalam istikharah, kita mengakui di hadapanNya bahawa Dia yang mengetahui baik dan buruk, bahagia atau sengsara bagi setiap tindakan yang kita ambil. Ia juga supaya tindakan kita itu mendapat suluhan 'nur' dan diberkati hingga akhir urusan.

Sebahagian lagi dalam isu memohon petunjuk Allah ini ialah musyawarah(perbincangan). Ya, istikharah perlu digabungkan dengan musyawarah dengan orang-orang yang terpercaya dan berpengalaman supaya keputusan yang diambil itu lebih meyakinkan. Rasulullah SAW juga menggalakkan musyawarah kerana di dalamnya ada keberkatan.

Saya ingin berkongsi maksud do'a istikharah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis berkenaan solat istikharah. Lebih baik sekiranya kita mampu menghafal do'a ini di dalam bahasa Arab namun penting juga untuk memahami isinya. Doa istikharah ini sangat sesuai untuk dibaca ketika kita ingin membuat apa-apa sahaja pilihan dan keputusan dalam kehidupan seharian supaya mendapat petunjuk daripada Allah SWT.

Mulakan dengan lafaz hamdalah dan selawat ke atas baginda SAW.

"Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – (sebutkan hajat) – adalah baik untukku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya."


Begitulah cara yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Setelah itu ambillah suatu keputusan, dan bertawakallah kepada Allah. InsyaAllah jika itu yang terbaik dan yang Allah redha, jiwa kita akan tenang dan urusan menjadi mudah. Tidak perlu ternanti-nanti apa-apa tanda yang melengahkan keputusan kita seterusnya boleh memudaratkan urusan yang lain. 

Allahu a'lam.