Assalamualaikum wbt...
"And He has united their (the believers) hearts. If you had spent all that is in earth, you could not have united their hearts, but Allah has united them. Certainly He is All-Mighty, All-Wise."
(8:63)
MEKAR: Mesra Kembara 2010 di South Devon, England. 2-5 April 2010, sempena Easter break.
"Verily! In the creation of the heavens and the earth, and in the alternation of the night and day, there are indeed signs for men of understanding. Those who remember Allah standing, sitting and lying down on their sides, and think deeply about the creation of the heaven and the earth, (saying): "Our Lord! You have not created all this without purpose, glory to You! Give us salvation from the torment of the Fire".
(3: 190-191)
*************************
Post ini sepatutnya saya tulis lebih awal lagi, maafkan saya. Sebelum saya terpaksa berhenti menulis seketika untuk fokus kepada exam, rasa terhutang kepada keluarga dan rakan-rakan lain jika saya tidak menulis lansung berkenaan program MEKAR yang sya hadiri baru-baru ini.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. All praises to Allah, the One, the Most Merciful.
Praises to Allah kerana memberi saya peluang untuk merasai nikmat-nikmatNya, sehingga kini. Ketika program ini, tak putus-putus pujian diberikan kepadaNya kerana sesungguhnya apabila kita bermusafir, terlalu banyak perkara yang kita pelajari dan kagumi. Alam ciptaanNya TERLALU indah...gambar tidak dapat menggambarkan yang sebenarnya...
Subhanallah, maha Suci Allah yang tanpa bantuan sesiapa, menciptakan alam yang tiada cacat celanya walau sedikit. Teringat surah al Mulk...
"Who has created the seven heavens one above another, you can see no fault in the creation of the Most Gracious. Then look again: Can you see any rifts? Then look again and yet again, your sight will return to you in a state of humiliation and worn out."
(67:3-4)
Allah suruh kita pandang berulang kali, untuk mencari jika ada sebarang kecacatan pada ciptaanNya, namun pandangan kita sendiri yang akan merasa penat jika kita cuba juga untuk mencari kelemahanNya, kerana sungguh, sesempurna ciptaanNya, lagi Maha Sempurna Penciptanya. Subhanallah...
Truly, I was speechless. Ketika saya pulang ke Dublin, rakan-rakan bertanya pengalaman menghadiri program MEKAR, dan saya tidak dapat memberi satu jawapan yang memuaskan hati saya untuk disampaikan kepada mereka, tentang betapa cantik, indah, kagumnya saya terhadap segala-gala yang Allah tunjukkan kepada saya. Subhanallah...
Keduanya, nikmat berukhwah.
Lihat kembali ayat pertama yang saya letak pada permulaan post ini. Kecil rasa diri melihat cinta dan kasih sayang yang dicurahkan oleh individu-individu sekeliling sepanjang program ini. Subhanallah, walau baru pertama kali bersua, terasa seperti sudah bertahun kenal! Benar kata-kata Allah, dan ikatan ini tidak lain adalah hadiah daripadaNya. (dah tak tahu nak hurai apa, sebab juga tidak terkata perasaannya)
Pengisian program: TERBAEK laa. Alhamdulillah, alhamdulillah. Fasilitator yang dibawa khas dari Malaysia, terlalu banyak perkara yang dipelajari sepanjang bersamanya..syukur pada Allah.
Seperti program-program dahulu yang saya pernah hadiri, saya cukup bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bergaul mesra dengan kanak-kanak, kerana banyak ibrah yang saya dapat apabila bersama mereka yang masih tiada dosa ini. Teringat satu kem pada awal tahun 2009, mengenai pengalaman menarik menjadi fasilitator untuk kanak-kanak sekolah rendah:
Ketika program ini, saya telah memakai badge kartun comel tertulis 'Proud to be Muslim' sehari lebih awal daripada peserta-peserta lain. Satu ketika, ketika berada di dalam caravan...(kami tidur di caravan sepanjang program ini, best!)
"Kakak Huda, where do you get that thing?",tanya salah seorang daripada mereka, sambil menunjuk kepada badge yang saya pakai di jacket.
"Can we have that too??It's beautiful", sampuk seorang lagi.
"You will get this badge tomorrow, insyaAllah. You just have to wait, ok?", balas saya.
"Alaaa...we want to have it now", balasnya, tidak sabar untuk memiliki badge tersebut.
Kemudian salah seorang daripada mereka membaca dengan kuat,
"Proud to be Muslim".
"Yes," balas saya. "Do you proud to be a Muslim?", soal saya sambil tersenyum.
"Yes!!Of course!", jawab mereka serentak.
"Why?",soal saya lagi, ingin mengetahui respond jujur mereka nanti.
"Because..err..because you can eat roti canai!Yeay!!", balas salah seorang dari mereka. Tergelak semua orang sekeliling. Mungkin adik ini associate muslim with halal food at the first place.
"Because..i know why. Because you can be good...", balas yang kedua, sambil tersenyum dan tenang memberi jawapan.
Subhanallah, sejuk hati saya mendengarnya. Beruntung sungguh mereka, dapat merasai nikmat Islam dengan sebenarnya sejak kecil, lebih-lebih lagi apabila tinggal di bumi asing, yang Muslim adalah golongan minoriti. Apabila kenang kembali, saat saya sekolah rendah dahulu, rasanya saya tidak mampu memberikan jawapan seperti mereka...
Allah terlalu baik!
Dan di bawah terdapat sedikit perkongsian gambar sepanjang program.
Ikan yg macam leper je..1st time tgk, subhanallah
Blackpoolsand Beach
Boleh lihat video program MEKAR di http://lightoffaith1924.blogspot.com/
Akhir kalam, rasa syukur yang tidak terhingga pada Allah...subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.
Wallahualam..