Saturday, September 26, 2009

Bukan manusia biasa

Bukan tumbuhan biasa.....



And miracle from this Allah's creature:

"Tuhan yang telah menjadikan api (boleh didapati) dari pohon-pohon yang hijau basah untuk kegunaan kamu, maka kamu pun selalu menyalakan api dari pohon-pohon itu."
(Yaasin:80)


Bukan binatang biasa.....


And miracle from animals:
"Dan binatang-binatang ternak itu, Dia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain dan daripadanya juga kamu makan.Dan bagi kamu pada binatang-binatang ternak itu, keindahan (yang menarik hati) ketika kamu membawanya balik untuk berehat (pada waktu petang) dan ketika kamu membawanya keluar (pada waktu pagi).Dan binatang-binatang itu pula membawa barang-barang kamu ke mana-mana negeri yang kamu tidak dapat sampai kepadanya melainkan dengan menanggung susah payah. Sesungguhnya Tuhan kamu Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya."
(An-Nahl:5-7)



Dan semestinya, kita bukan manusia biasa.

'Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu: Bukti dari Tuhan kamu dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak).'
(An-Nisa':174)


****************

"Eh, saya ni biasa-biasa je! Takde la baik sangat, nak kata alim pun tak juga"

"Alah, biasa la diorang tu! Dah macam trend dah sekarang"


Pernah baca Surah Azzariyat ayat 56?

Lihatlah kembali, dan fikirkan. Adakah kita hanya manusia biasa?

Mengenang kisah iblis yang enggan sujud pada Nabi Adam, sedangkan malaikat, makhluk Allah yang sentiasa bertasbih memuji Allah yang satu, taat pada perintah Allah untuk sujud pada Nabi Adam, manusia pertama yang Allah ciptakan.

Malaikat sujud pada manusia pertama ketika di syurga. Binatang akur dengan kejadiannya yang sememangnya diciptakan Allah sebagai kegunaan oleh manusia. Pohon-pohon, juga akur dengan kejadiannya yang juga demi keselesaan manusia, terutamanya bekalan oksigen.

Jadi, kamu manusia!Termasuk diri saya sendiri,adakah kita ini manusia biasa setelah Allah angkat darjat kita sebagai khalifah di muka bumi, segala tumbuhan dan binatang pasrah dicipta untuk kegunaan makhluk ciptaan Allah yang sedikit pun tidak sedar betapa dia bukan manusia biasa??

Fikirkan kembali.


Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman).
(Ali Imran:110)



p/s: kerana saya bukan manusia biasa, saya mohon pada Allah agar saya kekal menjadi bukan manusia biasa, dalam rangka saya ingin mengembara demi mencari redha Allah.

Ini post sebelum saya meninggalkan Malaysia utk menjejakkan kaki ke bumi Dublin, 27sept pkul 2350.

Ya, saya bukan manusia biasa.


(sy ok je.tp xley tahan ar if mak sy nangis,adehh.)

Tuesday, September 22, 2009

meminjam (mungkin kita terlupa)

"Tawaran Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA di Bawah Skim Pelajar Cemerlang(SPC)"


Begitulah tajuk surat tawaran MARA untuk saya sambung pelajaran -for my first degree in medicine.

Saya begitu terkesan dengan perkataan 'pinjaman' itu. Ya, saya meminjam daripada MARA, MARA memberi saya pinjaman. Dalam keadaan belum mula belajar, saya sudah mula meminjam wang ratusan ribu(syukur tidak mencecah sejuta-). Berat rasa hati, memikirkan beban yang ditanggung.

Pinjaman...ratusan ribu(enggan beritahu jumlah sebenar)....wah, huda sedarlah!!

Ya, sebenarnya mengikut informasi yang saya dapat, jumlah bayaran balik kepada MARA bergantung kepada keputusan peperiksaan saya nanti. Itulah penentu berapa banyak hutang yang saya perlu bayar setelah tamat belajar.

Dalam pada berfikir bahawa saya perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana amanah wang rakyat yang saya guna ini, hati saya terdetik apabila memandang jari jemari yang menekan keypad handset.

Tangan, jari, kaki, mata, dan seluruh anggota, organ dan segala-galanya yang saya miliki dalam hidup ini.....bukankah juga hanya pinjaman??

Ianya pinjaman Allah kepada kita. Suatu masa nanti, jika Allah kehendaki, Allah boleh tarik balik apa yang telah Allah pinjamkan kepada kita.

Persoalannya, sejauh mana kita menjaga pinjaman Allah ini???

Astaghfirullahalazim......

Jika saya bimbang pinjaman wang yang saya peroleh ini, saya perlu lebih bimbang dengan pinjaman yang Allah bagi terhadap seluruh nikmat hidup saya selama 20 tahun ini.

Terfikirkah kita, apa yang perlu dijawab di hadapan Allah nanti jika ditanya tentang pinjaman-pinjaman ini? Untuk bayar balik kepada Allah, mustahil. Kita sebenarnya miskin, dan Allah yang Maha Kaya, yang memiliki segalanya.

Jadi, kepada yang terlupa, jagalah segala nikmat yang Allah bagi ini. Walaupun sekaya mana kita, semua ini hanya pinjaman daripada Allah. Bersyukurlah, dan besederhanalah kerana jika kita terlupa title sebenar bahawa semua ini adalah pinjaman, kita mungkin akan terlalu kecewa, sedih dan marah jika nikmat itu hilang daripada anda nanti....

Selamat menjaga barang pinjaman!

Ya Allah, hidupkanlah kami dalam keadaan penuh kesedaran terhadap nikmat yang Engkau kurniakan kepada kami..ampunkan dosa kami ketika kami berlebih-lebihan dalam menguruskan nikmatMu, dan jadikanlah kami hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu....


Alhamdulillah~

empat beradik terawal sebelum empat yang lain



"Adik, tu kawan adik tunggu kat tepi balai polis!, " ujar kakakku yang kedua, sambil menunjuk ke arah seekor lembu yang sedang meragut rumput di sebelah balai polis Pulau Sebang, Melaka ketika kemi dalam perjalanan ke kampung di Alor Gajah.

"Alhamdulillah!," balas adik sambil menjeling geram.

Kami empat beradik lain yang turut berada di dalam kereta pecah ketawa.

********************

Teringat ketika masih kecil, ummi mengajar kami bahawa jika kami diejek oleh rakan-rakan sebaya, ucaplah ALHAMDULILLAH walaupun dalam keadaan marah dan bersabarlah, kerana kata umi, Allah yang ciptakan diri kita, maka setiap yang Allah jadikan itu, walaupun diuji dengan sedikit kecacatan, bersyukurlah.

Kami sering mempraktikkan ajaran umi ini terutamanya apabila fizikal kami diejek oleh rakan-rakan ketika kecil dahulu seperti ketika baju kami kelihatan tidak lawa, hidung yang tidak mancung, dan apa sahaja yang diejek oleh rakan sepermainan.

Hikmahnya, kami tidak akan melawan kembali, jadi pergaduhan dapat dielakkan. Kadang-kadang, bergaduh juga dengan mereka. Alah, kanak-kanak~

Huhu, gonna miss my family.


Apa-apa pun,

SELAMAT HARI RAYA ALDILFITRI 1430H

MAAF ZAHIR BATIN



Tuesday, September 15, 2009

Last minute study

"Ya Allah, esok dah periksa dah ni.....banyak lagi topik tak habis baca lagi ni...ish, sempat ke ni??Habes la aku......"

"Hah????Cikgu nak buat test hari ni???Apsal tiba-tiba je ni???Dahla bagi masa 5 minit je untuk baca sebelum buat test mengejut....ish"

"Exam final lagi seminggu..kena struggle lebih sikit sekarang ni"


.............................


Di atas adalah ayat-ayat biasa apabila kita berada di saat-saat akhir. Kira study at the eleventh hour la katanya. Pulun habis, sampai bangun tidur bangun tidur semata-mata untuk menghabiskan bacaan.

Ramadhan??

Juga saat-saat akhir ni.
Tak nak pulun??




YaAllah, pilihlah kami untuk menjadi hamba yang benar-benar bertaqwa..kami lemah yaAllah, dan segala kekuatan adalah pinjaman daripadaMu.Kami mohon keampunan yang tidak terhingga atas segala kelalaian kami sepanjang bulan ini, walaupun kami tahu, sujud dan rukuk kami tak mampu untuk membayar dosa kelalaian yang telah kami lalui..ampun ya Allah...



To some of my friends who will start/have start their study:
Best wishes to all of you...may Allah bless us and lets do this together, and strive for mardhotillah. Moga istiqamah di jalanNYA~
uhibbukumfillah

Wednesday, September 9, 2009

Mencari-cari




Sahabat-sahabatku,
mari mencari-cari di malam hari......

Ya Allah, hambaMu ini tidak mahu termasuk dalam golongan yang rugi...

Tuesday, September 8, 2009

One previous weakness in KMB

Semalam, saya ke bangunan MARA untuk mendengar taklimat pre-departure. (Ya, saya dalam golongan yang belum mendengar briefing lagi)

Memandangkan saya baru sahaja pulih daripada demam secara tiba-tiba pada hari Sabtu lepas, jadi saya tanpa ragu-ragu memakai topeng bagi menutup mulut dan hidung untuk berjalan-jalan menyelesaikan urusan di KL. Dan saya selesa memakainya di khalayak ramai, sebab orang tak akan kenal siapa saya, dan saya terlindung daripada orang awam yang berisiko H1N1=) Terasa bahagia apabila saya memakainya ketika di dalam LRT waktu pagi yang begitu sesak, hehe.

Ketika hendak menaiki lif, (sy xpernah naik tingkat 24 lagi) saya dapati tiada lif yang naik ke tingkat 24, menurut label yang tertera pada sebelah pintu lif.(sbnrnya lif belah kiri iAllah semua boleh ke tgkat 24)

Maka saya berseorangan naik ke tgkat 23, dan merancang untuk menaiki tangga sahaja untuk ke tingkat 24. Tetapi terdapat butang 24 untuk ditekan, dan saya kecewa kerana ia tidak bernyala. Sampai di tingkat 23, saya berlegar-legar untuk mencari kemungkinan lif yang akan ke 24.

Tiba-tiba terdapat satu pintu lif terbuka, dan saya melihat beberapa orang lelaki dan seorang remaja perempuan(yang kemungkinan juga datang untuk pre departure briefing) hendak keluar. Remaja perempuan itu memandang saya dengan matanya yang bulat,(kerana saya berada di hadapan pintu lif)

"Eh, Huda???" ujarnya dengan riaksi terkejut.

"Erk?." Saya terkejut dalam hati. tidak mampu bersuara.

('Dia kenal aku? Dah la pakai topeng ni nmpak mata ngn spek je..sape ye ni...muka mcm familiar...*arghhh nape tak ingat*')

"Yang kat bawah tu semua budak KMB ke?," tanya individu tersebut ketika kami sama-sama bergerak ke dalam dewan.

"Tak..budak KMS yang ramai-ramai tu..KMB sikit je datang," balas saya bersahaja. Tapi masih memerah ingatan.

('Cmne dia tau aku KMB ye??ni kawan mane ni?sek men?time program?sek ren?eh biar betul...apsal mcm xde dalam senarai muka batch aku sepanjang aku skola?ish sape ye?')

Dan saya masih memerah ingatan lagi dan lagi.

'Nama dia Anis...(nmpk kt listname)..tp knape rs mcm aku pggil die Kak Anis ye??Mane aku jumpa akak ni?'


Setelah ketibaan Farah, Wawa dan Anish, barulah saya tahu yang individu tersebut adalah senior blok F ketika di KMB dahulu. Ya, Kak Anis Zafirah. (maaf akak!!)

Apa yang lebih menyedihkan saya dengan ingatan saya ini, Kak Anis pernah berada di bawah usrah jagaan saya ketika Semester 2. Ya, ketika pertama kali kami mengambil alih kerana senior sudah mula fokus pada IB exam 2008. Dan wajahnya familiar kerana beliau adalah kakak kepada kawan saya di SERATAS dahulu. Astaghfirullah, kenapa lambat sangat saya mengingati perkara ini?

Kak Anis pula, sepertinya mengenali saya dengan hanya melihat mata saya bersama spek ini. Hebat juga ingatan dia....

***************************

Di KMB ketika Sem 2, sistem usrah disusun mengikut komposisi separuh senior, separuh junior dan dibawa oleh seorang naqibah junior. Ini adalah untuk mengeratkan hubungan di antara junior dan senior. Tetapi memandangkan senior hanya tingal beberapa bulan untuk IB exam, maka saya sendiri hanya berpeluang duduk bersama-sama senior di dalam usrah kelompok sekejap sahaja. Dan saya masih ingat, susunan usrah kelompok tersebut dirombak kembali(masih semasa sem 2) dan saya menerima senior yang lain pula untuk bersama-sama dalam usrah. Senior yang bersama saya sebelum ini, sudah bersama naqibah lain.

Apabila hal ini terjadi, ukhwah lama menjadi renggang, dan apabila mereka habis IB, kemungkinan besar tidak berjumpa lagi. Maka ingatan pun akan menyimpan kenangan itu di sudut yang belakang...

Ini kelemahannya. Kelemahan saya juga.

Harapnya sistem usrah di KMB yang adik-adikku pegang sekarang tidak berlaku rombakan yang ketara, kerana kita mahukan ukhwah islamiyah itu terbentuk selamanya.

Lupa nama dan lupa wajah, adalah kelemahan yang sangat perlu seorang daie perbaiki. Kita sukar untuk menyentuh hati mereka jika kita sendiri lupa akan mereka....


p/s: teringat kisah Hassan al-Banna yang menghafal nama dan wajah ahli2 baru Ikhwanul Muslimin ketika sedang menandatangani borang keahlian mereka walaupun belum pernah bertemu ahli2 baru tersebut...hasilnya, ketika perjumpaan pertama, Hassan al-Banna mampu memanggil mereka dan membuatkan mereka terkejut dan tertawan dengan cara beliau menarik hati mereka......

Monday, September 7, 2009

Patah balik ke Ireland:Mom's Instinct



(Dah lama tak update blog. Maka akan dimulakan dengan update diri.)


Status 2007: Tak nak fly, sangat-sangat nak buat medic kt UIA Kuantan. Tapi Allah izin tak dapat tempat kat UIA. Kecewa, maka terus menerima Program Ijazah Luar Negara di Kolej MARA Banting untuk program International Baccalaureate yang baru kali pertama dengar.


Status 2008: Memilih untuk ke Ireland, mungkin kerana terdedah kepada 'produk-produk' Ireland. Tapi lebih prefer untuk twinning Dublin-Penang,Malaysia kerana dapat buat clinical years bersama patients from Malaysia. Lebih senang rasanya untuk memahami sikap pesakit-pesakit Malaysia ni. Tetapi, nama tersenarai dalam IUMC, yang terdiri daripada 4 universiti di Ireland.Interview juga berjaya alhamdulillah.

'Tak mengapa, alhamdulillah.Allah ingin berikan yang terbaik. Cuma subjek HL ku sentiasa fluctuates ni..risau juga'


Status 2009: Result IB 2009 memberitahu bahawa saya tidak layak ke IUMC, kerana subjek HL saya. Kemudian menghadiri temuduga University Of Newcastle, Australia dan NUMED(Twinning Newcastle UK dan Malaysia). Keputusan temuduga yang tidak kunjung tiba, agak meresahkan.

"Huda, ummi rasa kamu tak dapat yang UK dan Australia ni...rasanya kamu akan ke Ireland juga....I just can feel it",luah ummi suatu hari.

"Ummi, secara logiknya saya memang tak akan ke Ireland...sebab application ke Ireland bulan 9 tahun lepas..dah takde peluang dah. Kalau tak lepas 2 interview ni, tah le mana nak g blaja..," balas saya.


Ogos 2009: Interview RCSI/PMC. Alhamdulillah, ada tempat untuk saya. Syukur. InsyaAllah dijangka 27 September 2009 akan bersama rakan-rakan yang lain untuk ke Dublin. Dapat la beraya seminggu di Malaysia=) Dan memang dahulu saya teringin untuk program twinning, kerana clinical years dibuat di Malaysia. Alhamdulillah....


Ya, patah balik ke Ireland. Mom's Instinct.

Sesungguhnya, susunan Allah itu cantik~

Ummi adalah orang yang paling gembira. Dan sebenarnya ummi tak begitu mengizinkan saya untuk travel ke negara lain ketika cuti. Saya tahu ummi sangat risau. Sebab saya yang pertama dalam keluarga yang akan belajar di luar negara. Walid tidak begitu kisah, kerana walid senang membiarkan kami membuat pilihan sendiri.(Tengoklah macam mana ye ummi...ala huda pergi 2 tahun setengah je!)



"Ya Allah, Tuhan yang sentiasa memelihara orang-orang beriman, Tuhan yang tidak pernah leka dan lalai, kami bertawakal kepadaMu dalam segala urusan kami sepanjang hari. Kuatkanlah hati kami di jalanMu, dan kuatkanlah ikatan kami dalam berukhuwah keranaMu. Berikanlah kami kekuatan untuk berjihad di jalanMu, dan jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang bertaqwa. Jauhkanlah kami daripada godaan syaitan dan dunia yang sentiasa menghambat kami, dan jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang sabar..."




p/s: post ini agak terlewat.